Laporan autopsi Chester Bennington dedah tiada pengaruh dadah

Azyyati Ahmad
Disember 6, 2017 11:12 MYT
Bennington ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Los Angeles, California, pada pagi 20 Julai. - Gambar fail
BEBERAPA bulan selepas penyanyi Linkin Park Chester Bennington ditemui mati di rumahnya, keputusan autopsi mendedahkan bahawa penyanyi itu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.
Dokumen autopsi dan toksikologi yang difailkan oleh Pejabat Koroner Daerah Los Angeles menunjukkan bahawa terdapat sedikit alkohol dalam aliran darah penyanyi itu sebelum dia menggantungkan diri.
Penemuan itu seakan menyokong barang yang ditemui penyiasat di tempat kejadian termasuk segelas bir Corona, botol kosong Stella Artois dan botol preskripsi Zolpidem dari jenis Ambien.
Berdasarkan ujian darah, tubuh Bennington didapati ‘positif’ bagi ujian MDMA - juga dikenali sebagai ekstasi - tetapi dua lagi ujian air kencing tambahan gagal mengesan dadah.
Maka, autopsi menyimpulkan bahawa penyanyi itu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika dia meninggal dunia.
Bennington ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Los Angeles, California, pada 20 Julai lalu.
Bennington berusia 41 tahun meninggalkan seorang balu, dan enam anak hasil daripada dua perkahwinan.
#Chester Bennington #keputusan autopsi #Linkin Park
;