Mengenang Mamat Khalid: Puteri bongsu arwah sayu tidak dapat jenguk jenazah bapa
ISTERI kepada Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan mendedahkan anak perempuannya, Ann Khalid satu-satunya permata hati mereka yang tidak sempat menziarah jenazah arwah suaminya.
Kata Hasmah, Ann atau turut mesra dengan panggilan Baby dalam kalangan keluarga kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
BERITA LANJUT DI SINI.
'Mamat nak kembang watak Daud M, sepatutnya mula shooting hujung bulan ni' - Joey
PENYANYI dan pelakon Joey Daud mengakui dia dan Allahyarham Mamat Khalid sepatutnya memulakan penggambaran telemovie terbaharu "Kampung Pisang Berbuah Dua Kali" hujung Oktober ini.
Joey ketika dihubungi Gempak berkata, dia sepatutnya masuk ke set penggambaran bermula 6 November kerana jadual kerja yang agak padat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Program masakan 'Warung Pak Jabit' penampilan terakhir Mamat Khalid
BERITA pemergian pengarah terkemuka Mamat Khalid semestinya mengejutkan industri hiburan dan pencinta filem tanah air.
Allahyarham meninggalkan karya-karya hebat yang akan terus diminati seperti Hantu Kak Limah, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang dan banyak lagi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Kalau dia pegang gitar, jadi lah lagu' - Lat kongsi kehebatan Mamat Khalid
Kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid mengambarkan adiknya, Allahyarham Mamat Khalid sebagai seorang yang cukup berbakat.
Jelas beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Lat, sentuhan ‘magis’ pengarah tersohor itu begitu dekat dengan masyarakat luar bandar, dan ia mudah diterima.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Jenazah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Mamat Khalid, 58, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh, di sini kira-kira pukul 2.26 petang.
Hadir pada majlis pengebumian tersebut ialah ahli keluarga dan waris terdekat.
Selain itu, beberapa rakan selebriti termasuk Datuk Awie; Pekin Ibrahim; Zul Ariffin; Khir Rahman; dan ramai lagi turut hadir memberikan penghormatan terakhir.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Mamat Khalid bangga jadi anak Perak, banyak perkenalkan budaya dan cara hidup - Fauziah Nawi
Pelakon veteran, Fauziah Nawi menyifatkan Allahyarham Mamat Khalid cukup berbangga menjadi anak Perak dan banyak memperkenal budaya serta cara hidup rakyat negeri itu.
Jelasnya, ini dapat dilihat daripada filem-filemnya yang memaparkan kehidupan masyarakat negeri itu termasuk loghat serta lokasi penggambaran.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tegur cara halus kekuatan Mamat Khalid – Fatimah Abu Bakar
'Karya melangkaui pemikiran pengarah masa kini'
Mamat Khalid banyak perkenal budaya, cara hidup orang Perak - Fauziah Nawi
Mamat Khalid di mata rakan seperjuangan Saw Teong Hin
Puteri Gunung Ledang papar sisi romantik Mamat Khalid
Kenangan Awie bersama Allahyarham Mamat Khalid
Mamat Khalid 'Hero' mengangkat mesej perpaduan
Jenazah dibawa ke masjid
Jenazah Allahyarham Mamat Khalid dibawa ke Masjid Sungai Rokam untuk disolatkan.
Pekin sebak imbau kenangan
11.50 am: Pengarah, Pekin Ibrahim tidak dapat menaham sebak ketika menceritakan kenangan bersama Allahyarham Mamat #MengenangMamatKhalid @501Awani pic.twitter.com/RN6IdywtR9
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Arwah tak sempat arah filem 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali' - Anak
Allahyarham Mamat Khalid, 58, sepatutnya akan memulakan penggambaran untuk telemovie bertajuk 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali' minggu hadapan.
Perkara itu didedahkan anak Allahyarham, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Peja, Awie beri penghormatan terakhir kepada Mamat Khalid
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta penyanyi dan pelakon, Datuk Awie menziarahi jenazah Mamat Khalid yang meninggal dunia pada Ahad.
Mereka tiba di rumah Allahyarham di Taman Ipoh Jaya Timur 1 pada jam 10 pagi dan meluangkan masa membacakan tahlil serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Zul Ariffin tiba di kediaman Allahyarham
12.00 pm: Pelakon, Zul Ariffin hadir menziarahi jenazah Allahyarham Mamat. #MengenangMamatKhalid pic.twitter.com/qFuMTCqPgh
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Karya Allahyarham hadir dalam pelbagai genre, bentuk dan sifat - Muzaffar Mustafa
Ketua Digital dan Media Sosial MPTVN, Muzaffar Mustafa berkata karya Allahyarham Mamat Khalid terhasil dalam pelbagai genre, bentuk dan sifat selain menceritakan angan-angan orang Melayu, perpecahan Melayu serta perpaduan dan suara golongan minoriti. #AWANInews pic.twitter.com/nwOH63aDpt
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) October 24, 2021
Bell Ngasri, Khir Rahman tiba
11.20 pagi: Ketika ini jenazah masih lagi berada di rumah. Selebriti, Bell Ngasri turut dilihat tiba. Antara lain yang hadir ialah Khir Rahman. #MengenangMamatKhalid @501Awani pic.twitter.com/WZNL2bv4e2
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Dunia seni kehilangan sebutir bintang - PM Ismail Sabri
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memanjatkan doa dan menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian pengarah tersohor Mamat Khalid.
Dalam ciapan di akaun Twitternya, Ismail Sabri berkata dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mamat Khalid 'hero' mengangkat mesej perpaduan - Halimah Sadique
Pengarah filem tersohor, Allahyarham Mamat Khalid adalah seorang wira yang turut memperjuangkan agenda perpaduan.
Dalam satu kenyataan media, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menganggap pengarah tersebut sebagai insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Apokalips' persembahan terakhir di hadapan keluarga
Pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, sempat membuat persembahan di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River pada Ahad.
Anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25, berkata, bapanya yang bermain 'keyboard' sedang memainkan lagu "Apokalips" di hadapan ahli keluarganya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham - PM
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 24, 2021
Dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang - PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 24, 2021
Alfatihah
Dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Allahyarham Mohamad bin Mohd Khalid atau dikenali sebagai Mamat Khalid, yang meninggal dunia sekitar jam 12.30 pagi tadi. pic.twitter.com/vUeM2KPzjv
Suasana di pekarangan rumah Allahyarham
9.50 am: Keadaan sekitar di pekarangan rumah Allahyarham. Waris-waris terdekat telah mula berkumpul di kediaman ini sebelum solat jenazah pada pukul 11 pagi ini #MengenangMamatKhalid pic.twitter.com/iAE14ib8W5
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Datuk Awie tiba di kediaman Allahyarham
9.50 am: Datuk Awie juga tiba untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mamat. #MengenangMamatKhalid @501Awani pic.twitter.com/EzBK89DG9F
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Faizal Azumu tiba di rumah Allahyarham
9.45 am: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kelihatan tiba di rumah Allahyarham Mamat. #MengenangMamatKhalid @501Awani pic.twitter.com/VrI8lIiTzA
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Mat London tiba di rumah Allahyarham
9.40 am: Penerbit dan pengarah filem, Ahmad Ibrahim atau Mat London antara rakan artis yang kelihatan tiba di pekarangan rumah Allahyarham Mamat Khalid #MengenangMamatKhalid @501Awani
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Cikgu Fati imbau jasa, sumbangan Allahyarham
Rakan seni kenang jasa Mamat Khalid
Jenazah dijangka dikebumi selepas zohor
Jenazah pengarah dan penerbit tersohor negara Mamat Khalid dijangka dikebumikan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh, di sini.
Astro AWANI turut dimaklumkan bahawa Allahyarham Mamat Khalid, 58, yang meninggal dunia pada 12.30 malam Sabtu, akan disolatkan di Masjid Sungai Rokam sekitar pukul 11.30 pagi ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Arwah seperti abang kandung saya' - Faizal Azumu
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau kehilangan seorang insan yang telah dianggap seperti abang kandungnya sendiri.
Malah, kata Ahli Parlimen Tambun itu, beliau juga rapat dengan keluarga Allahyarham kerana mereka sama-sama tinggal di Kampung Sungai Rokam, Ipoh.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jenazah disolatkan di Masjid Sungai Rokam jam 11 pagi
Maklumat awal yang diterima juga memaklumkan, jenazah akan disolatkan di Masjid Sungai Rokam sekitar pukul 11 pagi #MengenangMamatKhalid @501Awani
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Jenazah dikebumi selepas zohor di Paloh
8.10 am: Jenazah Allahyarham Mamat Khalid akan dikebumikan di Masjid Paloh, Ipoh. Difahamkan majlis pengebumian akan diadakan selepas solat Zohor #MengenangMamatKhalid pic.twitter.com/gplXyYo2wH
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 24, 2021
Aku rindu kamu, Mat ... 'Clamptown Baby' ku selamanya - Tiara Jacquelina
BERITA pemergian pengarah tersohor Mamat Khalid awal pagi tadi amat mengejutkan semua terutamanya kalangan penggiat seni.
Namun bagi pelakon dan penerbit Tiara Jacquelina, berita itu amat mengesankan oleh kerana hubungan rapat beliau dengan arwah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Selamat jalan Mamat Khalid 1963-2021
Kenali Mamat Khalid
7.30 am: Trivia #MengenangMamatKhalid
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 23, 2021
i. Dilahirkan pada 6 April 1963, & dibesarkan di Sungai Rokam, Ipoh.
ii. Sebelum sertai industri perfileman, Allahyarham bekerja dalam jabatan kerajaan.
iii. Husin, Usop Wilcha, Hantu Kak Limah antara watak tersohor ciptaan Allahyarham pic.twitter.com/vqGxDAjVwE
Mamat Khalid meninggal dunia
Kru Astro AWANI dalam perjalanan ke lokasi
6.30 am: Saya dan kru @501Awani dalam perjalanan ke Ipoh, Perak untuk membawakan perkembangan terkini mengenai perjalanan terakhir Allahyarham #MamatKhalid, yang dilaporkan meninggal dunia sekitar 12.30 tengah malam tadi. pic.twitter.com/wYvm68Q2Wo
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 23, 2021
I miss you, my wacky genius brother - Tiara Jacquelina
Wartawan Astro AWANI akan ke lokasi
Wartawan Astro AWANI Hasimi Muhamad akan ke lokasi untuk memberikan laporan terkini dari semasa ke semasa.
Pemergian Mamat Khalid kehilangan bakat tiada pengganti
Pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid merupakan satu kehilangan bakat yang tidak mungkin dapat dicari ganti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 12.30 malam tadi di Hospital Slim River.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Allah temukan, Allah juga Pisahkan - Azman Naim
You are a legend - MGAG
Thank you Mamat Khalid for inspiring Malaysian entertainers and creatives with your comedy and stories. You are a legend pic.twitter.com/ExALPlXhF5
— MGAG (@My_MGAG) October 23, 2021
I shall miss his wit, humour, commentary and excellent rock references - Zan Azlee
Al-Fatihah. I shall miss his wit, humour, commentary and excellent rock references.https://t.co/STLhfK7bhm
— Zan Azlee (@fatbidin) October 23, 2021
Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti - Annuar Musa
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mamat Khalid, penerbit, pengarah dan pelakon. Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. https://t.co/DAjjq5nCqH
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 23, 2021
Thank you for the magic - Tiara Jacquelina
Antara 'director' terawal kesan bakat saya - Que Haidar
Antara director terawal yg mengesan bakat saya. Bermula dgn 1 commercial Putrajaya dan seterusnya menghadiahkan saya Amy Mat Piah juga Deris. Al fatihah untuk Abang ??? https://t.co/53cHX3ZEd4
— Que Haidar (@que_haidar) October 23, 2021
A true "soldier" in the Malay creative and film industry - Harith Iskander
So sad to hear about the passing of Mamat Khalid. A true "soldier" in the Malay creative and film industry. Definate legend and deserved respect. Al-fatihah
— Harith Iskander (@HarithIskander) October 23, 2021
Al Fatihah - Rina Harun
Al Fatihah.
— Rina Mohd Harun (@RinaMohdHarun) October 23, 2021
Moga Allah tempatkan Abang Mamat Khalid dalam kalangan mereka yang dirahmati olehNya. https://t.co/zp5xMZrDHe
Hilang seorang permata negara - Syed Saddiq
Innalillah. Hilang seorang permata negara. Semoga urusan ahli keluarga Allahyarham dipermudahkan dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 23, 2021
Amin ya Rabbal al Amin. https://t.co/TewcIL1Pbr
Forever will be your Gerhana - Azman Naim
'He wrote her, brought her to life, and gave her a future' - Leya
He was responsible for one of my most memorable characters. He wrote her, brought her to life, and gave her a future. Thanks for lending me Chah, Abg Mamat. Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu. https://t.co/wO5jWteg2e
— Leya :D (@sharifahaLEYA) October 23, 2021
A true legend - TGV
Thank you for all the good movies and series Mamat Khalid. Going to miss all your masterpiece. A true legend. ❤
— TGV Cinemas | #TontondiTGV ?? (@TGVCinemas) October 23, 2021
Al-Fatihah. pic.twitter.com/vkKphWIHA7
Mamat Khalid meninggal dunia
Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi.
Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di Facebooknya.
BACA BERITA PENUH DI SINI