Lapan muka surat 'liputan fesyen' majalah InStyle AS untuk Yuna

Madiha Abdullah
Ogos 14, 2016 09:56 MYT
Satu penghormatan untuk Yuna apabila mendapat paparan fesyen dalam majalah terkemuka itu. - Foto Majalah Instyle
SELEPAS satu, satu pencapaian yang diperolehi Yuna.
Apa yang pasti, penyanyi berusia 30 tahun itu telah melakukan banyak perkara yang tidak dapat dilakukan ramai wanita seusianya.
Paling terbaharu, Yuna berjaya menempatkan diri dalam majalah fesyen berprofil tinggi, InStyle.
Bukan edisi tempatan, tetapi liputan fesyen (fashion spread) yang diterima Yuna adalah dalam edisi Amerika Syarikat untuk bulan Ogos.

From zero.. to page 434 of the September issue of @InStyle US get a copy now beautiful people! pic.twitter.com/iVtz7WHiP0

— Yuna Zarai (@yunamusic) August 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Foto-foto Yuna diambil oleh jurugambar Joachim Mueller Ruchholtz.
Keseluruhannya, Yuna dipaparkan dalam lapan muka surat penuh majalah itu, di mana Yuna mengenakan beberapa helai pakaian dan aksesori dari jenama rumah fesyen terkemuka dunia seperti Fendi dan J.Crew.
Sebelum ini, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu ada memuat naik beberapa keping gambar dari sesi penggambaran bersama majalah tersebut, ke akaun Instagramnya.
#Chapters #hiburan #InStyle #Yuna