"Lambat sikit hari ini, children, I'm so sorry" - Cara komunikasi Faizal Tahir, anak-anak raih pujian netizen

Astro Awani
Februari 10, 2022 13:10 MYT
Faizal Tahir mendapat perhatian netizen apabila berkongsi video bagaimana dia berkomunikasi dengan anak-anak. - Sumber foto Facebook
MENGURUSKAN anak-anak yang ramai dalam satu masa bukan perkara mudah kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
Namun baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir mendapat perhatian netizen apabila berkongsi video di akaun Instagramnya yang memperlihatkan bagaimana dia berkomunikasi dengan anak-anak ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Dimulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan, netizen juga memuji cara Faizal yang memilih menggunakan masa dalam perjalanan untuk berkomunikasi dan menegur perilaku anak-anaknya.
Tegurannya lembut, namun disulami ketegasan yang pastinya meninggalkan kesan positif untuk anak-anak.
Difahamkan pada pagi tersebut, salah seorang anaknya tidak sihat dan tidak dapat ke sekolah, dua anak perempuannya bergaduh dan seorang lagi pula kehilangan kopiah.
"Drink lots of plain water please, Mikael okay? Please...", pesan Faizal kepada anaknya yang dipercayai tidak dapat ke sekolah kerana kesihatannya tidak mengizinkan.
"Seorang hidung berdarah, seorang lagi kopiah hilang yang dua lagi bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah," tulis pelantun lagu, Mahakarya Cinta dan Ragaman di kapsyen.
Bapa tujuh cahaya mata itu juga sempat bergurau dengan menyatakan bahawa anak-anak boleh menyalahkannya sebagai punca mereka lewat ke sekolah.
Well done, Faizal!
#Faizal Tahir #komunikasi #mendidik anak-anak
;