Laku 'keras' Kak Lina! Lepas GV9, Elly Mazlein kini penyampai ERA

Gempak
Oktober 9, 2022 07:32 MYT
Elly akan mengendalikan tugasannya menerusi segmen Carta ERA 40. - Gempak
REZEKI tak pernah salah alamat, itulah yang perumpamaan yang boleh diberikan kepada pelakon, penyanyi dan pengacara Gegar Vaganza 9 (GV9), Elly Mazlein.
Terbaharu, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina bakal memulakan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio ERA secara rasmi minggu hadapan.
Kejutan itu diumumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram ERA.JE.
Elly akan mengendalikan tugasannya menerusi segmen Carta ERA 40.
“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya Kak Lina Pom Pom dah jadi keluarga ERA guys.
“Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40! Habis semua job orang dia nak caras eh,” tulis kenyataan itu. -- Gempak
#Lina Pom Pom #Elly Mazlein #penyampai ERA #hos GV9