Lagu 'Lights' versi Jepun, jadikan BTS kekal bersinar
Astro Awani
Julai 3, 2019 16:07 MYT
Julai 3, 2019 16:07 MYT
TIDAK cukup dengan memberi inspirasi kepada peminat dengan lirik lagu Korea, kumpulan termasyhur K-pop BTS kini tampil dengan lagu baharu dalam versi bahasa Jepun.
Lagu yang berjudul ‘Lights’ itu bukan sahaja menjadi trending di seluruh dunia, malah ia juga mempunyai mesej yang bermakna bagi BTS Army sendiri.
Klip muzik video ‘Lights’ yang dimuat naik di laman YouTube pada 2 Julai menarik perhatian 7.4 juta penonton
Seperti biasa, apa sahaja yang dilakukan oleh kumpulan yang dianggotai tujuh jejaka tampan itu pastinya mendapat reaksi hebat dan tidak kurang juga dengan peminat yang timbul dengan teori tersendiri yang berkaitan dengan video berkenaan.
Berikut merupakan antara respon BTS Army selepas menonton klip video yang berdurasi lebih daripada lima minit itu: