Lagu Fattah Amin dan Hael Husaini paling berjaya sepanjang 2017
Madiha Abdullah
Januari 9, 2018 19:12 MYT
Januari 9, 2018 19:12 MYT
SINGLE "Wanita Terakhir" bukan sahaja mencatat sejarah memperkenalkan Fattah Amin sebagai penyanyi, tetapi juga dinobatkan sebagai debut single paling berjaya di negara ini.
Menerusi satu entri di akaun Instagram, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memaklumkan, ia dikira berdasarkan kedudukan tertinggi dicapai oleh lagu tersebut dalam carta domestik dan antarabangsa pada minggu pertama dilancarkan.
Bukan itu sahaja, lagu ciptaan Aizat Amdan itu juga unggul sebagai lagu tempatan dengan kedudukan terbaik dalam carta lagu di negara ini untuk tahun 2017.
Lagu "Jampi" nyanyian Hael Husaini pula menjadi lagu tempatan dengan penstriman paling banyak tahun lalu, dengan sejumlah 3.2 juta penstriman.
Bagi kategori lagu antarabangsa pula, lagu Ed Sheeran, "Shape of You" unggul dengan 13.8 juta penstriman.
Single pertama dari album terbaharu Taylor Swift, "Look What You Made Me Do" pula merupakan debut antarabangsa terbaik bagi 2017.
Lagu dendangan Haqiem Rusli, "Segalanya" pula merupakan lagu tempatan paling lama dalam carta, iaitu selama 52 minggu.