Lagu Despacito catat rekod enam bilion tontonan di YouTube

Asyraf Roslan
Februari 28, 2019 11:04 MYT
Muzik video lagu Despacito juga mendapat 32 juta tanda 'like' di YouTube.
SUDAH pasti anda akan mula menari dan menyanyi apabila mendengar lagu yang hit pada tahun 2017 iaitu Despacito.
Bukan sahaja di Malaysia malah lagu ini menjadi satu fenomena di seluruh dunia.
Lalu tidak hairanlah jika lagu nyanyian Luis Fonsi, menjadi lagu paling popular di saluran YouTube sehingga mencatat jumlah tontonan lebih daripada enam bilion.
Bukan itu sahaja, lagu Despacito juga turut mendapat 32 juta tanda 'like' di YouTube.
Despacito yang membawa maksud perlahan dalam bahasa Melayu itu juga mencatat tontonan lebih dua bilion daripada pencabar terdekatnya iaitu lagu Shape Of You nyanyian Ed Sheeran.
Memetik laporan media antarabangsa, penyanyi dari Korea Utara, Psy pula pernah melakar sejarah sebagai penyanyi pertama yang berjaya mendapat tontonan lebih dua billion menerusi Gangnam Style pada tahun 2012.
Kini Psy menduduki tangga kelima dalam carta Youtube dengan 3.3 bilion tontonan.
#despacito #Despacito catat rekod enam bilion tontonan di YouTube #Ed Sheeran #Justin Bieber #PSY #tontonan teramai #YouTube
;