Lagu baru David Bowie sempena hari jadi
Astro Awani
Januari 7, 2013 02:26 MYT
Januari 7, 2013 02:26 MYT
David Bowie mempunyai hadiah istimewa buat peminatnya sempena sambutan hari jadinya yang ke-66 pada 8 Januari.
Penyanyi itu akan melancarkan lagu terbarunya ‘Where Are We Now?’.
Lagu itu akan menjadi lagu pertama yang dilancarkan Bowie sejak sedekad lalu.
Ia akan dimuatkan dalam album terbarunya ‘The Next Day’ yang dijadualkan berada di pasaran pada 11 Mac depan.
‘Where Are We Now’ diterbitkan bersama Tony Visconti boleh didapati di iTunes di 119 buah negara.
Album terakhir Bowie ‘Reality’ diterbitkan pada 2003 dan penyanyi itu popular menerusi lagu seperti ‘Let's Dance’, ‘China Girl, ‘Fame’ dan ‘Dancing In The Street’.