Lagu baharu Taylor Swift 'Me' cecah 15 juta tontonan dalam masa 3 jam

Asyraf Roslan
April 26, 2019 16:07 MYT
Taylor Swift sudah berjaya mendapat 15 Juta tontonan daripada peminat setianya menerusi lagu Me duet bersama vokalis Panic! At The Disco, Brendon Urie - Gambar Youtube/Taylor Swift
"I PROMISE that you'll never find another like me."
Swifties benar-benar gila!
Siapa sangka, baru sahaja 3 jam melancarkan muzik video di Youtube, Taylor Swift sudah berjaya mendapat 15 juta tontonan daripada peminat setianya menerusi lagu 'Me' duet bersama vokalis Panic! At The Disco, Brendon Urie.
Ia merupakan satu rekod baharu buat penyanyi yang popular dengan lagu 'Endgame' dan 'Ready For It.'
Lagu baharunya turut memecah rekod lagunya sendiri iaitu 'Look What You Made Me Do' yang mendapat tontonan 15 juta dalam masa 10 jam.

The music video for "LWYMMD" reached 15 million views in 10 hours. The music video for "ME!" reached 11 million views in 2 hours! #MeOutNow pic.twitter.com/T7JhIVFCwf

— Taylor Charts (@taylorchart13) April 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah lagu 'Me' juga berjaya memintas lagu 'Boy With Luv' nyanyian kumpulan Kpop, BTS dan duet bersama Halsey.
Rekod menunjukkan bahawa lagu nyanyian kumpulan BTS hanya mendapat 10 juta tontonan dalam masa tiga jam.
Peminat merasakan muzik video ini bakal memecah rekod Youtube dengan mendapat tontonan sebanyak 100 juta dalam masa 24 jam, sekali gus memintas rekod BTS dan BlackPink.
#BLACKPINK #BTS #Halsey #music #Taylor Swift #Twitter #video #YouTube
;