Lagi sehari nak bernikah, Abam Bocey hantar kad kahwin di PWTC?

Astro Awani
Disember 7, 2017 16:44 MYT
Tauke berkata, majlis pernikahannya akan diadakan di Ambassador Hall, Putrajaya pada sebelah pagi sebelum bersanding di sebelah petang.

Kurang 24 jam sebelum melangsungkan perkahwinannya, pelawak popular Abam Bocey ada masa pula untuk berlegar-legar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehadiran beliau dirasai selepas Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambar pelawak itu di Twitter peribadinya petang tadi.
Abam bakal melangsungkan perkahwinannya esok. Namun, perincian tentang majlis pernikahannya tidak dapat dikenal pasti buat masa ini.
Rakan rapat Abam, Tauke (Jambu) pula akan menamatkan zaman duda dengan tunangnya, Nadia Mohd Affendi sehari selepas itu.

Terima kasih kepada saudara Abam Bocey yang mengunjungi Koridor Penerangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017. #PAU17 pic.twitter.com/wPJLDTniQK

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Majlis pernikahan Tauke akan diadakan di Ambassador Hall, Putrajaya pada sebelah pagi sebelum bersanding di sebelah petang.
Astro AWANI mengucakpakan tahniah kepada Abam dan pasangan!

#Abam #Instagram #keluarga #Kuala Lumpur #perkahwinan #Putrajaya #PWTC
;