Lagenda La Llorona temui peminat filem seram April 2019

Asyraf Roslan
Oktober 19, 2018 12:58 MYT
The Curse of La Llorona terbitan Warner Brothers dan New Line Pictures akan mula menghantui pawagam 19 April 2019 - Youtube Warner Bros. Pictures
Pengarah tersohor filem seram, James Wan yang popular dengan filem The Conjuring bakal kembali dengan hasil terbaharu.
Kali ini, pengarah Australia kelahiran Sarawak itu bertindak sebagai penerbit untuk filem The Curse of La Llorona yang akan diarah oleh Michael Chaves.
La Llorona atau The Weeping Woman, merupakan lagenda rakyat Mexico. La Llorona mengisahkan seorang wanita yang menangis kerana kehilangan tiga anaknya kerana dia membunuh mereka dengan mencampak mereka ke dalam sungai.
Dia kemudiannya kesal dengan perbuatannya itu, dan membunuh diri.
Sejak dari itu, rohnya menjadi tidak tenteram dan dia mencari kanak-kanak yang sesat untuk dijadikan anaknya.
Filem ini membawa roh legenda itu ke Los Angeles sekitar tahun 1970-an, di mana seorang pekerja sosial dan anaknya dihantui selepas mengabaikan amaran seorang ibu bermasalah.
Filem ini dibintangi Linda Cardellini, Raymond Cruz dan Patricia Velasquez.
Ini juga merupakan filem pertama arahan chaves, yang mana dia turut mendapat kontrak untuk mengarahkan filem 'the Conjuring 3'.
The Curse of La Llorona terbitan Warner Brothers dan New Line Pictures akan mula menghantui pawagam 19 April 2019.
#filem #James Wan #Kanak-kanak #La Llorona #Lagenda #Los Angeles #The Curse of La Llorona
;