Lady Gaga terkejut raih pencalonan aktres terbaik Golden Globe

Nizam Bakeri
Disember 11, 2015 12:50 MYT
Lady Gaga terkejut dengan pencalonan beliau dalam kategori aktres terbaik Golden Globe melalui drama bersiri American Horror Story: Hotel.
Senarai pencalonan anugerah Golden Globe tahun ini dipenuhi dengan kejutan sama ada dalam kategori filem mahupun televisyen.
Antara yang menjadi tumpuan ramai ialah kejayaan Lady Gaga yang dicalonkan sebagai aktres terbaik dalam kategori mini-series atau filem televisyen melalui drama bersiri American Horror Story: Hotel. Beliau memainkan watak sebagai Elizabeth, seorang pontianak penggoda.
Reaksi pertama Lady Gaga dikongsi di Twitter dengan memohon maaf kepada jiran lantaran jeritan kegembiraan yang tidak terkawal.

I apologize to my neighbors I'm still screaming in my apt in NY! I'm nominated as an actress for a Golden Globe what a dream is this real!

— The Countess (@ladygaga) December 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berita gembira itu turut dirai ibu dan pengurus beliau yang disiar di Instagram.
Majlis pencalonan Golden Globe tahun ini diadakan di Beverly Hilton. Angela Bassett, salah seorang selebriti yang mengumumkan pencalonan dan juga pelakon American Horror Story: Hotel tidak terkejut dengan pencalonan Lady Gaga.
“Dia seorang penghibur, jadi itu semua terserlah,” ujar Bassett yang turut menegaskan watak Elizabeth sebagai bekas penyanyi juga meningkatkan lagi mutu lakonan Lady Gaga.
“Dia sangat rajin. Lemah-lembut dan amat senang didampingi. Pasti ada sesuatu yang ingin dibualkan bersama pelakon dan kru. Dia juga suka berjenaka dan berkongsi pengalaman,” tambah Bassett.
Anugerah Golden Globe akan berlangsung pada 10 Januari 2016 dan dihoskan buat kali keempat oleh Ricky Gervais.
#American Horror Story #Golden Globe #Lady Gaga