Lady Gaga akan sertai Marvel, bakal jadi kekasih Rocket Raccoon?

Gempak
Julai 3, 2019 00:13 MYT
Jika desas-desus MCU ini sahih, inilah filem kedua bagi pasangan ini bergandingan selepas filem A Star Is Born.
PELAKON dan penyanyi Lady Gaga dikhabarkan bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk projek filem akan datang.
Menerusi satu hantaran tweet daripada @MCU_Direct, pelakon itu bakal ditawarkan watak Lylla, kekasih kepada Rocket Raccoon dalam filem ‘Guardians of The Galaxy’.
Lebih istimewanya lagi, watak Rocket Raccoon tersebut dipegang oleh Bradley Cooper.
Jika desas-desus MCU ini sahih, inilah filem kedua bagi pasangan ini bergandingan selepas filem ‘A Star Is Born’.

RUMOR: @ladygaga is reportedly being considered to provide the voice of Lady Lylla, Rocket's love interest, in GUARDIANS OF THE GALAXY, VOL. 3! https://t.co/RsBnPSdUwK pic.twitter.com/FS1vg4MLPN

— MCU Direct (@MCU_Direct) June 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Hilang sudah kasih sayang, Lady Gaga punca hubungan Bradley Cooper, Irina Shayk berakhir?
Untuk edisi terbaru ‘Guardians of The Galaxy’, pengarah James Gunn mahu menjadikan Rocket Raccoon sebagai bintang utama dan di sinilah watak Lylla (Lady Gaga) akan memainkan peranan.
Untuk waktu ini juga, Marvel masih berahsia tentang penampilan Thor dalam filem ‘Guardians of The Galaxy’.
Namun, kemungkinan kemunculan Thor itu diharapkan ada dan ia dijangka dapat memeriahkan lagi filem ketiga ini.
#Bradley Cooper #filem #Guardians of the Galaxy #James Gunn #Lady Gaga #Marvel #MCU #Rocket Raccoon