Kylie Minogue sertai syarikat rakaman Jay-z

Astro Awani
Februari 11, 2013 18:45 MYT
Kylie Minogue artis yang paling terbaru menyertai syarikat rakaman milik Jay-Z, Roc Nation yang dilihat sebagai salah satu cara menawan pasaran Amerika.
Ratu pop Australia ini akan berada sebaris dengan bintang di bawah naungan Roc Nation Rihanna, Solange, M.I.A dan the Ting Tings.
Selama 25 tahun dalam bidang muzik, Minogue memiliki 11 album studio yang memuatkan 50 single hit.
Lagu 'ome into my world" juga melayakkannya memenangi anugerah Grammy.
Penyanyi berusia 44 tahun ini sedang menjalani rakaman album terbaru selepas "Aphrodite" pada 2010.
#Jay-Z #Kylie Minouge #Rihanna #Roc Nationn
;