Kylie Jenner dan Travis Scott berpisah
Gempak
Oktober 2, 2019 17:47 MYT
Oktober 2, 2019 17:47 MYT
PERSONALITI dan usahawan popular Hollywood, Kylie Jenner telah berpisah dengan pasangannya, Travis Scott selepas dua tahun menjalinkan hubungan.
Memetik laporan US Weekly, pasangan tersebut telah berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka, namun gagal.
Dalam pada itu, ada pihak yang mendakwa Travis berlaku curang terhadap Kylie, namun perkara itu dinafikan olehnya.
"Kylie dan Travis berpisah pada 1 Oktober (semalam) selepas beberapa minggu mencuba untuk mempertahankan hubungan mereka.
"Kali terakhir mereka membuat penampilan bersama di khalayak ramai adalah pada bulan Ogos.
"Sementara itu, Travis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia berlaku curang terhadap Kylie," kata sumber.
Kylie dan Travis mula menjalinkan hubungan pada tahun 2017 selepas pengasas jenama Kylie Cosmetics itu berpisah dengan rapper Tyga.
Mereka menyambut kelahiran anak perempuan yang diberi nama Stormi pada Februari 2018.
Sumber : usmagazine.com
#curang terhadap Kylie
#Kylie Jenner
#Kylie Jenner dan Travis Scott berpisah
#Stormi
#Travis Scott
#usahawan