Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street

Agensi
Februari 23, 2018 18:40 MYT
Saham syarikat milik aplikasi Snapchat jatuh di Wall Street selepas Kylie Jenner membuang akaun Snapchat miliknya. - Instagram/@KylieJenner
BINTANG realiti televisyen Kylie Jenner telah menyebabkan stok pasaran syarikat pemilik aplikasi Snapchat, Snap Inc. di Wall Street kehilangan US$1.3 bilion (RM5.1 bilion) selepas mendedahkan melalui Twitternya yang dia tidak lagi menggunakan aplikasi Snapchat.
"Ada yang tak main lagi Snapchat ke? Atau cuma aku... sedihnya," katanya melalui akaun Twitter @KylieJenner.

sooo does anyone else not open Snapchat anymore? Or is it just me... ugh this is so sad.

— Kylie Jenner (@KylieJenner) February 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Saham syarikat Snap Inc. terus jatuh mendadak selepas adik Kim Kardashian itu mengadu berkenaan pengubahsuaian reka bentuk aplikasi Snapchat melalui media sosial itu.
Setelah saham syarikat media sosial itu jatuh hampir lapan peratus, saham ditutup enam peratus rendah di Wall Street dan kini kembali hampir mencecah harga US$17 (RM66.60), di mana saham itu disenaraikan apabila syarikat itu berada dalam apungan pasaran saham.
Snapchat menghadapi persaingan sengit dengan aplikasi Instagram terutamanya untuk pengguna selebriti dan keadaan menjadi kucar-kacir terutamanya para pelabur apabila Kylie membuang akaun Snapchat miliknya.
Namun Kylie sempat tweet meluahkan rasa sebak setelah dia membuang akaun Snapchat.

still love you tho snap ... my first love

— Kylie Jenner (@KylieJenner) February 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Snap Inc. menolak aduan mengenai pengubahsuaian reka bentuk kandungan aplikasi November lalu.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Snap Inc., Evan Spiegel, berkata pengguna hanya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ciri-ciri baru daripada pengubahsuaian reka bentuk kandungan aplikasi itu.
Seramai satu juta orang menandatangani petisyen untuk memohon syarikat Snap Inc. mengembalikan ciri-ciri asal aplikasi itu.
#Evan Spiegel #Kylie Jenner #saham #Snapchat #Wall Street
;