Kutipan sebesar dinosaur: 'Jurassic World: Fallen Kingdom' catat kutipan RM2.85 bilion
Azyyati Ahmad
Jun 25, 2018 22:20 MYT
Jun 25, 2018 22:20 MYT
FILEM sekuel dinosaur "Jurassic World: Kingdom Fallen," mencecah kutipan AS$150 juta (RM602 juta) semasa tayangan pembukaannya di Amerika Utara.
Lapor CNN, filem terbitan Universal Pictures itu mengungguli carta hujung minggu dan merupakan pembukaan keempat terbesar tahun ini di belakang "Avengers: Infinity War," "Black Panther," dan "Incredibles 2".
Hujung minggu yang lalu juga memperlihatkan kutipan filem berkenaan secara global mencecah AS$711.5 juta (RM2.85 bilion) sejak dibuka untuk tayangan seluruh dunia awal bulan Jun.
Pencapaian itu melampaui jangkaan Universal Picture namun ia jauh sama sekali dengan kutipan tayangan filem pertama Jurassic Park pada tahun 2015.
BACA: 'Jurassic World: Fallen Kingdom' - Kisah kerakusan manusia dan kepupusan alam
Francais "Jurassic Park" pada tahun 2015 yang kembali selepas 14 tahun itu mendapat kutipan hujung minggu sebanyak AS$208 juta pada pembukaannya sekaligus mencatat sejarah filem pecah panggung.
Filem ini masih membariskan hero dan heroin yang sama iaitu Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dellas Howard sebagai Claire Dearing serta ramai lagi pelakon lain dan ada beberapa penampilan cameo istimewa daripada pelakon asal filem "Jurassic Park" seperti Jeff Goldblum.
#Bryce Dellas Howard
#Chris Pratt
#Jeff Goldblum
#Jurassic Park
#Jurassic World
#Kingdom Fallen
#Owen Grady
#universal pictures