Kumpulan "My Chemical Romance" berpecah
Astro Awani
Mac 23, 2013 18:19 MYT
Mac 23, 2013 18:19 MYT
Kumpulan dari New Jersey yang ditubuhkan sejak 12 tahun lalu “My Chemical Romance (MCR)” mengumumkan perpisahan itu menerusi laman web rasmi mereka.
Mereka yang mula dikenali menerusi “Welcome To The Black Parade” pada 2006 membuat pengumuman mengejut itu pada Jumaat.
Dalam kenyataan tersebut, mereka bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui pengalaman yang hebat sepanjang karier.
“kami berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan para peminat selama ini”, kata mereka menerusi laman web rasmi.
Mereka turut menyatakan, semua perkara baik juga perlu ada pengakhiran sebagaimana yang digambarkan oleh riwayat kumpulan itu.
MCR dianggotai oleh vokalis utama, Gerard Way, pemain gitar bass, Mikey Way, serta gitaris, Ray Toro dan Frank Lero.
Album terakhir mereka “Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys” yang diterbitkan pada 2010.