Kumpulan metal I Killed the Prom Queen yang sedang dalam rangka promosi jelajah Asia Tenggara telah ditahan oleh pihak Imigresen Malaysia.
Didakwa tahanan tersebut dilakukan kerana pihak penganjur tidak menyediakan visa kerja untuk band tersebut membuat persembahan di dalam negara.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Mustafa Ibrahim berkata beliau berharap untuk membebaskan kesemua lima ahli kumpulan metal I Killed the Prom Queen itu dengan secepat mungkin.
"Ahli-ahli kumpulan band dari Australia itu ditahan kerana membuat persembahan tanpa permit yang sah," kata Mustafa kepada AFP.
"Saya mahu membebaskan mereka secepat mungkin dan menghantar mereka pulang. Saya tidak mahu berita mereka ditahan menjadi viral.”
Pihak imigresen turut berada di lokasi persembahan sebelum penahanan itu dibuat.
Kesemua ahli kumpulan tersebut ditahan selepas membuat persembahan. Mereka akan ditahan selama 4 hingga 14 hari di pusat tahanan Imigresen.
Perkara tersebut diumumkan oleh Jona Weinhofen yang merupakan pemain gitar utama kumpulan tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.
Tambah Jona lagi, pihak berkuasa Imigresen turut meminta tandatangan mereka dan salah seorang daripada pegawai turut mengenakan kemeja T kumpulan tersebut.
Tweet terakhir Jona kira-kira pukul 2 pagi hari ini menyatakan yang mereka telah diberikan makanan dan minuman serta berada dalam keadaan sihat.
Sementara itu, kumpulan tersebut terpaksa membatalkan penyertaan mereka dalam Rock In Solo 2015 di Indonesia yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Kumpulan metal I Killed the Prom Queen mengadakan persembahan di Kuching dan Kuala Lumpur pada 13 dan 14 November lalu.
Astro Awani
Mon Nov 16 2015
Kumpulan 'I Killed the Prom Queen' terpaksa membatalkan penyertaan mereka dalam Rock In Solo 2015 di Indonesia yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.