Kumpulan Hujan bakal beraksi di Cannes

Muzaffar Mustapa
Januari 22, 2013 16:57 MYT
Kumpulan Hujan, Bunkface dan penyanyi Jaclyn Victor merupakan antara artis Malaysia yang akan berada di Cannes untuk satu acara muzik ‘Malaysian Supernova’ di Marché International du Disque et de l'Edition Musicale 2013 (MIDEM).
Acara muzik ‘Malaysian Supernova’ bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Salon des Ambassadeurs, Cannes.
Turut serta di acara tersebut ialah penyanyi Amanda Imani, Goldfish & Blink, Nadhira, ZE! dan Sasi The Don
Dianggap sebagai acara pameran dagangan muzik terbesar dunia, acara tersebut mula diwujudkan sejak 1967.
MIDEM mengumpulkan lebih 6000 pemuzik, penerbit, pengurus dan wartawan dari 75 buah negara di seluruh dunia.
Selain membangunkan perniagaan, MIDEM turut menjadi platform kepada syarikat baru untuk mempromosikan produk mereka di peringkat antarabangsa.
Para penggiat muzik dunia berpeluang untuk meneroka dimensi baru dunia muzik antarabangsa.
MIDEM bakal berlangsung di Cannes, Perancis mulai 26 hingga 29 Januari ini.
#Bunkface #Cannes #hujan #Jaclyn Victor #midem
;