Kumpul 4.9 juta pengikut, Neelofa rampas gelaran 'ratu Instagram' dari Nora Danish

Madiha Abdullah
Julai 14, 2017 15:31 MYT
Neelofa semakin popular semenjak kebelakangan ini selepas drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot. - Foto Facebook Neelofa
TAKHTA pelakon Nora Danish sebagai individu dengan pengikut paling ramai di Instagram akhirnya berjaya dirampas oleh pelakon dan pengacara, Neelofa.
Secara rasminya, Neelofa mengumpul 4.9 juta pengikut pada Khamis, manakala Nora pula mempunyai 4.8 juta pengikut.
Neelofa sendiri nampaknya cukup teruja dengan perkembangan itu dan memuat naik status ke akaun Twitter.

4.9m guys! We have come a loooong way together and thank you for being with me all the way here! Here's to more fun times on IG! a href="https://twitter.com/hashtag/ilofayou?src=hash">#ilofayou

— Neelofa (@Neelofa) July 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Usahawan jenama Naelofar itu semakin popular semenjak kebelakangan ini selepas drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot mencipta fenomena awal tahun ini.
Nora sebelum ini merupakan individu tempatan pertama yang berjaya mengumpul sejuta pengikut di Instagram, pada tahun 2014.
#Instagram #Neelofa #Nora Danish
;