Kucing Burma Karl Lagerfeld bakal jadi kucing paling mewah di dunia?

Agensi
Februari 20, 2019 10:17 MYT
Kucing tersebut dikhabarkan bakal mewarisi sebahagian harta milik Karl berjumlah RM813 juta (176 juta Euro).- Foto Instagram / @ choupettesdiary
SUDAH tuah badan makhluk berbulu lebat ini.
Choupette, kucing milik mendiang Karl Lagerfeld merupakan kucing yang paling terkenal dalam arena fesyen.
Sekarang, kucing baka Burma berbulu putih itu dijangka bakal menjadi kucing paling mewah di dunia.
Kucing tersebut dikhabarkan bakal mewarisi sebahagian harta milik Karl yang berjumlah sekitar RM813 juta (176 juta Euro).
BACA: Legenda fesyen dunia, 10 perkara anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld
Sebelum Karl menghembuskan nafas terakhir pada Selasa, Lagerfeld berkata dia akan memastikan bahawa Choupette akan terus hidup dalam penuh gaya.
Menurut laporan media antarabangsa, kucing itu juga dikatakan telah biasa dengan mempunyai pengawal peribadi sendiri dan juga dua orang pembantu rumahnya sendiri.
Choupette juga mempunyai akaun Instagramnya sendiri yang mempunyai ramai pengikut.
Kucing betina itu, juga pernah bergambar bersama 'supermodel', Linda Evangalista dan juga pelakon, Laetitia Casta.
Bukan itu sahaja , ia juga mempunyai bukunya sendiri iaitu "Choupette: The Private Life of a Cat Fashion Flying High".
Karl telah membela kucing tersebut dengan penuh kasih sayang sejak tahun 2011 yang di ambil dari rakan mudanya, Baptiste Giabiconi.
#Choupette #fesyen #Karl Lagerfeld #kucing #wasiat
;