KRU tampil dengan KRUnomena

Astro Awani
Januari 23, 2013 21:26 MYT
Sibuk dengan pelbagai projek menjadi faktor KRU mengambil masa yang lama untuk tampil dengan album penuh. Album ke-14 yang berjudul "KRUnomena" mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
Kali terakhir kumpulan itu tampil dengan album penuh ialah pada 2006 dengan "10 Di Skala Richter".
Masih mengekalkan konsep pop dan R&B seperti 20 tahun lalu, trio tiga beradik ini mempunyai pandangan tersendiri mengapa mereka tidak berubah kepada muzik masa kini.
"KRUnomena" merupakan album pertama kumpulan itu yang diterbitkan di bawah KRU Music.
Ia memuatkan 10 buah lagu antaranya lagu dari album single sebelum ini seperti "Ganas", "Tiga Kata" dan "Wanita".
Antara lagu baru yang akan dimuatkan dalam album tersebut termasuk, "Setiap", "Kesejatian Cinta" dan "Semalam Tanpamu" gandingan KRU bersama Stacy.
Album "KRUnomena" akan berada di pasaran pada 31 Januari ini.
#Edry Abdul Halim #kru #KRU MUSIC #krunomena #Norman Abdul Halim #Yusry Abdul Halim
;