Kritikan dan ulasan sesebuah filem pengaruhi keterujaan penonton

Azyyati Ahmad
Februari 2, 2014 23:53 MYT
Antara filem tempatan yang mendapat sambutan di pawagam
Orang ramai berpendapat kritikan filem oleh pengkritik atau pengulas filem mempengaruhi keterujaan penonton lain.
Dalam satu survey yang dijalankan Astro AWANI, sebanyak 37 peratus bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Seramai 31 peratus lagi merasakan perkara itu sangat mempengaruhi seseorang untuk menonton filem.
Ini susulan perdebatan hangat antara pengarah filem Ahmad Idham dengan kurator @twt_filem di laman media sosial Jumaat lalu.
Beberapa pendapat melihat kritikan dan ulasan oleh pengkritik filem tempatan kadangkala boleh menjatuhkan industri filem tempatan.
Namun menurut Editor Gala TV, Syazwan Zakariah berpendapat pembikin filem harus menerima apa jua kritikan dengan terbuka.
“Pembikin filem harus menerima kritikan kerana ia asas perniagaan. Mereka harus berfikiran terbuka, ambil positif dengan apa juga kritikan” katanya kepada Astro AWANI.
Syazwan juga berpendapat penerbit filem sendiri tidak tahu filem apa yang perlu diterbitkan dan itu kadangkala menjadi punca filem mendapat kurang sambutan.
“Pembikin filem harus melihat demografi golongan sasaran dan dengan fokus itu boleh tahu filem mana yang sesuai dengan penonton yang bagaimana” katanya lagi.
Orang ramai turut mengulas kenyataan dari Syazwan di Twitter Astro AWANI.

@501Awani setuju dengan Syazwan. Dengan pelbagai media sosial yang wujud, penerbit perlu terima kritikan yang diberi oleh peminat.

— Reen (@neyreen) February 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani filem kita tiada kelainan. Plot yg sama, ganre yang sama, teknologi sama. Mcm mana nak dapat sambutan? #AWANI745 @syazwanzakariah

— Hadzrafi Halim™ (@Ben_JrJulius) February 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@syazwanzakariah just what i hv always believed.readers of film critique should be able 2 understand what is criticized in film reviews.

— Syafiq Ramli (@msyafiqramli) February 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#filem kritik #poll #survey #Syazwan Zakariah