Krisdayanti suntik DNA ikan salmon untuk awet muda

Sinar Harian
Jun 25, 2019 19:17 MYT
Krisdayanti mengakui mengambil suntikan DNA ikan salmon bagi mengekalkan kejelitaan wajah dan awet muda. -Gambar fail
PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti, mengakui mengambil suntikan DNA ikan salmon bagi mengekalkan kejelitaan wajah dan awet muda.
Menurut laporan media Kompas, penyanyi yang mesra disapa KD itu memberitahu rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.
“Tubuh manusia bukan hanya memerlukan karbohidrat, tetapi juga omega 3.
"Salah satu ikan yang paling tinggi kandungan omeganya adalah salmon,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Ngopi Dara, baru-baru ini.
Sementara itu, doktor kecantikan yang merawat penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, proses meremajakan kulit wajah menggunakan ikan salmon sudah banyak dilakukan di Korea dan Singapura.
“Sebab itu kita lihat kulit muka mereka sangat bersih, cantik dan berkilau,” jelasnya.
Doktor berkenaan turut menyarankan KD mengambil suntikan setahun sekali memandangkan keadaan kulit wajahnya masih baik.
#artis indonesia #awet muda #ikan salmon #karbohidrat #Krisdayanti #memutihkan kulit #suntikan DNA #tinggi kandungan omega
;