Kos perkahwinan mahal punca Salman Khan masih bujang

Gempak
Februari 28, 2018 16:25 MYT
Aktor popular Bollywood, Salman Khan mengakui punca sebenar dirinya masih belum berumah tangga disebabkan oleh kos untuk mengadakan majlis perkahwinan terlalu mahal sekarang.
AKTOR popular Bollywood, Salman Khan mengakui punca sebenar dirinya masih belum berumah tangga disebabkan oleh kos untuk mengadakan majlis perkahwinan terlalu mahal sekarang.
Menurut laporan Bollywoodlife.com, Salman Khan menjelaskan bahawa majlis perkahwinan sudah menjadi satu perkara besar sehingga ramai orang sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk berkahwin.
"Saya tidak mampu menampung perbelanjaan itu dan disebabkan itu saya kini masih bujang," katanya.
Sebelum ini, Salman Khan dikatakan pernah menganjurkan majlis perkahwinan untuk kakaknya, Arpita pada 2014 dan kos jamuannya merupakan antara yang termahal di India.
Salman Khan kini dikatakan sedang bercinta dengan model berasal dari Romania, Iulia Vantur dan pada masa sama timbul pula khabar angin yang aktor itu kembali berbaik dengan kekasih lamanya, Katrina Kaif.
Disebabkan hal itu, Iulia dan Katrina dikatakan tidak bertegur sapa.
Sejak kebelakangan ini, Iulia Vantur juga sering kelihatan bersama di pelbagai acara hiburan di Bollywood, malah Iulia turut mengadiri majlis sambutan hari jadi adik Salman iaitu Arpita Khan.
Sumber: Bollywoodlife.com
#Arpita #Bollywood #Iulia Vantur #kahwin #Katrina Kaif #majlis perkahwinan #Salman Khan
;