Kontroversi tidak halang filem Joker kutip RM979 juta seminggu tayangan

Agensi
Oktober 7, 2019 22:50 MYT
Filem terbitan Village Roadshow Pictures dan DC Films itu memecah kutipan jualan sepanjang bulan Oktober dengan membuat kutipan RM979 juta. Gambar Instagram/ @jokermovie
DI SEBALIK kontroversi, filem 'Joker' bagaimanapun berjaya mencapai kutipan 'pecah panggung' setakat seminggu tayangan.
Filem terbitan Village Roadshow Pictures dan DC Films itu memecah kutipan jualan sepanjang bulan Oktober dengan membuat kutipan (AS$234 juta) RM979 juta.
Ia sekaligus menyaksikan filem arahan Todd Phillips itu dengan mudah mengatasi jualan tiket filem Venom yang mengutip RM334 juta.
Dengan prestasi awal yang cukup memberangsangkan, penganalisis menjangkakan 'Joker' tidak akan mengalami masalah untuk mengutip lebih RM3 bilion sepanjang tempoh tayangan.
‘Joker’ mengisahkan bagaimana seorang yang teruk dibuli berubah menjadi individu ganas dan mula meraih kemasyhuran kerana kekejamannya itu.
Joaquin Phoenix membawakan watak sebagai Arthur Fleck, seorang badut yang kemudiannya berubah menjadi musuh kepada Batman paling ikonik.
Sebelum ini, media melaporkan polis di beberapa bandar di Amerika Syarikat memperketatkan kawalan keselamatan menjelang pembukaan filem ‘Joker’ yang dikhuatiri mencetus keganasan.
#Arthur Fleck #DC Films #Filem Joker pecah panggung #Joaquin #Joker #Village Roadshow Pictures
;