Kontrak bersama Swarovski sudah pun tamat pada Disember 2020 - Neelofa

Asyraf Roslan
April 30, 2021 12:26 MYT
Neelofa memaklumkan kontraknya bersama Swarovski telah tamat pada hujung tahun 2020. -Gambar fail
SUSULAN desas desus di media sosial yang mengaitkan dirinya dan kontrak bersama syarikat batu kristal mewah dunia, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor tampil menjelaskan perkara itu hari ini.
Dalam kenyataan ringkas menerusi akaun Twitternya pada Jumaat, pengacara program "N to N" itu memaklumkan bahawa kontraknya bersama Swarovski telah tamat pada hujung tahun 2020.
Walaupun tidak lagi menjalin kerjasama, beliau berkata akan tetap mengekalkan hubungan baik dengan syarikat berkenaan.
“Salam, kontrak bersama Swarovski sudah pun tamat pada Disember 2020 tetapi kami masih mempunyai hubungan yang baik, dan ia akan kekal begitu,” kata Neelofa.

Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies

— Neelofa (@Neelofa) April 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Swarovski mengeluarkan kenyataan bagi menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang membandingkan isu melibatkan Neelofa dengan apa yang berlaku kepada selebriti Korea Selatan.
Menurut netizen berkenaan, mana-mana selebriti Korea Selatan akan digugurkan sebagai duta jika terpalit dengan isu seakan sama dengan Neelofa.

If Neelofa is a Korean artists, the brands that she is the ambassador of would have terminated the contracts already. Hello @swarovski https://t.co/fhttztTq7x

— Church of Levitating St. Lipa (@azba95) April 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Swarovski dalam pada itu mengesahkan tidak lagi bekerjasama dengan bekas pengacara "Meletop" itu.
Tweet syarikat itu bagi menjawab pertanyaan @azba95 bagaimanapun difahamkan telah dipadamkan.
Neelofa merupakan wanita berhijab pertama dunia muncul sebagai penghias 'billboard' jenama mewah itu sejak 2017.
Malah, busana nikahnya turut dihiasi dengan 5,000 batu kristal Swarovski.
#Neelofa #N to N #Meletop #swarovski #jalin kerjasama #kekal hubungan baik #kontrak tamat #jenama mewah #syarikat batu kristal mewah dunia
;