Konsert 'Sweet Sweet Fantasy' batal, Mariah Carey dan promoter lancar perang saman
Agensi
Januari 18, 2018 18:08 MYT
Januari 18, 2018 18:08 MYT
PENYANYI bersuara lantang Mariah Carey menyalahkan promoter konsert Amerika Selatan, Fenix, sebagai punca konsert 'Sweet Sweet Fantasy' penyanyi itu dibatalkan.
Tindakan itu telah mencetuskan perang saman antara Fenix dan syarikat pengurusan Mariah.
Fenix dalam saman balasnya mendakwa Mariah sepatutnya membuat persembahan di dua lokasi, satu di Argentina dan satu di Chile, tetapi menarik diri dari kedua-duanya.
Syarikat Mariah yang memfailkan saman terlebih dahulu terhadap Fenix mendakwa mereka tidak membayar penyanyi terkenal itu dan memburukkan nama penyanyi berusia 47 tahun itu.
Tetapi menurut dokumen yang diterima TMZ, Fenix berkata ia telah membayar Mariah hampir 75% bayarannya (AS$703,000) untuk konsert tersebut .
Menurut Fenix, ia mengikut operasi standard berdasarkan projek sebelum ini bersama syarikat Mariah.
Dalam kes terhadap Mariah, Fenix jelas Mariah tarik diri kemungkinan besar kerana dia disambut dengan jualan tiket yang rendah dalam tiga konsertnya di Brazil.
Tambah Fenix, Mariah memburukkan nama syarikat mereka apabila dia memuat naik sebuah entri di laman Twitter yang boleh dibaca oleh hampir 17 juta pengikutnya.
Fenix memfailkan saman berjumlah AS$3 juta terhadap Mariah manakala saman balas Mariah terhadap Fenix masih tertangguh.