Konsert sulung Andrea Bocelli di KL 5 Mei ini

Astro Awani
April 23, 2013 18:20 MYT
Mahupun telah kehilangan penglihatan seawal usia 12 tahun, ianya tidak menghalang Andrea Bocelli untuk bergelar penyanyi, penulis lirik dan pemuzik.
Terbaru, penyanyi kelahiran Itali ini bakal menjayakan konsert di Stadium Putra Bukit Jalil pada 5 Mei depan.
Bocelli bakal diiringi oleh Orkestra Filharmonik Malaysia bagi menjayakan konsert “Asia Tour With Passione” yang dianjurkan sempena keluaran albumnya yang ke 14.
Secara tidak langsung, ini akan menjadi persembahan secara langsung pertama penyanyi berusia 54 tahun ini di Malaysia.
Sidang media bersama konduktor persembahannya, Maestro Rotahas telah berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada Isnin.
Saksikan video klip penuh Gala TV menerusi Astro Awani.
#Andrea Bocelli #konsert #Maestro Rotahas
;