Konsert solo Salamiah Hassan selepas empat dekad menyanyi

Astro Awani
Disember 20, 2013 02:03 MYT
Bergelar penyanyi hampir empat dekad Salamiah Hassan terharu apabila impian untuk mengadakan konsert solo tercapai.
Konsert yang diberi nama Gelombang Salamiah Hassan menjadi acara pembuka tirai pentas Istana Budaya tahun depan.
Konsert berdurasi dua jam ini bakal mempersembahkan enam segmen antaranya lagu-lagu asli serta lagu popularnya seperti Gelombang dan Menghitung Hari.
Konsert yang diterbitkan Raja Azmi ini mendapatkan khidmat Pengarah Muzik, Aubrey Suwito, Pengarah Seni Raja Malek dan Pat Ibrahim sebagai pengarah persembahan.
Konsert ini bakal berlangsung selama tiga hari berturut-turut mulai 10 Januari.
#Gelombang Salamiah Hassan #Istana Budaya #Salamiah Hassan