Konsert SMTOWN pecah rekod, raih 35.8 juta penonton
Astro Awani
Januari 2, 2021 16:29 MYT
Januari 2, 2021 16:29 MYT
TAHUN 2021 membuka tirai dengan konsert SMTOWN Live ‘Culture Humanity’ anjuran SM Entertainment semalam yang berjaya memecah rekod.
Seramai 35.83 juta penonton dari 186 negara direkodkan mengikuti penstriman langsung konsert percuma itu, sekali gus menjadi rekod baharu untuk jumlah penonton tertinggi bagi sebuah konsert dalam talian dari Korea.
Antara artis dan kumpulan yang tampil termasuk aespa, Red Velvet, NCT Dream, NCT 127, NCT U, WayV, Kai dan Baekhyun dari EXO, Taemin SHINee, Taeyeon dari Girls Generation, SuperM, Super Junior, TVXQ dan KANGTA dari H.O.T.
Memetik laporan Soompi, SM Entertainment menjelaskan mengapa konsert tersebut dianjurkan secara percuma.
“K-pop bukan hanya muzik, ia juga sebahagian daripada kehidupan orang dan menjadi medium bagi kita berkomunikasi dan berkongsi emosi.
“Pada ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada 2020, yang cukup mencabar akibat pandemik COVID-19, kami ingin memberi sokongan kepada peminat K-pop di serata dunia yang mengharungi kesukaran tahun ini.
“Justeru, kami menyediakan konsert percuma ini dengan harapan mereka mendapat sinar harapan untuk masa depan yang lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SM Entertainment bersama, Lee Sung Soo dan Tak Young Joon.
Siri konsert dalam talian mula dianjurkan SM Entertainment pada April 2020 bagi merancakkan industri hiburan tempatan susulan dunia dilanda pandemik.
#konsert
#Korea Selatan
#SMTown
#SMTown Live
#SM Entertainment
#K-pop
#K Pop
#Korea
#Red Velvet
#Shinee
#EXO
#Super Junior
#Girls Generation
#SuperM
#NCT
#COVID-19