'Konsert Sang Pencinta' janji visual, audio hebat
Astro Awani
Mac 20, 2013 17:41 MYT
Mac 20, 2013 17:41 MYT
Selepas lima kali beraksi solo di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Datuk M.Nasir kembali ke pentas gah itu.
Menerusi "Konsert Sang Pencinta", penyanyi yang terkenal dengan lagu Keroncong Untuk Ana itu mahu tampil berbeza di pentas tersebut dengan bantuan kesan visual dan audio bertaraf antarabangsa.
Bakal berlangsung lebih 2 jam, sifu ini mahu menyampaikan sebuah cerita menerusi rangkaian lagu-lagu malar segarnya.
Turut mengiringi persembahan adalah Orkestra Simfoni Kebangsaan dan paluan gamelan dari Orkestra Tradisional Malaysia.
Konsert "Sang Pencipta" bakal berlangsung pada 7 hingga 9 Jun ini dengan harga tiket serendah RM65.