Konsert Lenny Kravitz di Grand Prix F1 Malaysia pada 29 Mac
Bernama
Januari 14, 2015 16:23 MYT
Januari 14, 2015 16:23 MYT
Pemenang empat anugerah Grammy, Lenny Kravitz akan membuat persembahan selama 70 minit di kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 pada 29 Mac ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata konsert pemuzik rock itu akan diadakan di SIC selepas perlumbaan berakhir dari pukul 6.30 petang hingga 11.30 malam.
Beliau berkata tiada caj tambahan dikenakan kepada kesemua pemegang tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan yang turut disertai artis tempatan.
Konsert sebagai penghargaan kepada penonton yang memberi sokongan kepada perlumbaan, katanya.
Kravitz sudah 20 tahun berada dalam industri muzik dengan menghasilkan 10 album yang terjual lebih 38 juta di seluruh dunia.
#70 minit
#Datuk Razlan Razali
#Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang
#lenny kravitz
#Pemenang anugerah Grammy