Konsert kemuncak #AF2016 disiarkan secara langsung di YouTube

Kohilah Sekaran
Oktober 9, 2016 10:14 MYT
Finalis Reshma, Amir, Amal, Afi dan Ara akan membuat persembahan terakhir mereka di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA), 9 malam ini untuk merebut gelaran juara.
Konsert Akademi Fantasia sampai ke kemuncaknya! Perjalanan pelajar Akademi Fantasia 2016 akan berakhir malam ini dalam satu pertarungan yang cukup sengit.
Lima finalis AF 2016 - Reshma, Amir, Amal, Afi dan Ara bakal membuat persembahan terakhir mereka di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA), 9 malam ini bagi merebut gelaran juara.
Juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi berserta hadiah sampingan lain.
Berikut adalah senarai lagu minggu akhir yang akan dipersembahkan oleh finalis malam ini.
Afi-Teruskan, Hatinya Tak Tahan
Reshma – Cinta Jadi Benci, Bad Romance
Ara-Warkah Untukku, Camar yang Pulang
Amal-Aku kerja, Bukan Diriku
Amir-Pemilik Cinta, Romantis
Konsert akhir AF 2016 juga akan bersiaran secara langsung dari MBSA bermula jam 9 malam menerusi saluran 104, Astro Ria dan Youtube Astro Gempak.
Siapakah pilihan anda untuk muncul sebagai juara #AF2016 musim ini?
#2016 #Akademi Fantasia #hiburan