Konsert John Legend di KL 23 September ini

Astro Awani
Julai 9, 2014 21:22 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu All Of Me dan pernah memenangi sembilan anugerah Grammy
Penyanyi R&B/Soul bertaraf antarabangsa, John Legend akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 23 September ini.
Konsert ‘John Legend Live in Malaysia’ bakal diadakan di Dewan Plenary, KLCC.
Tiket dijual pada harga RM198 dan akan diedarkan secara online bermula 18 Julai ini di kaunter-kaunter tiket terpilih.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu All Of Me dan pernah memenangi sembilan anugerah Grammy ini kali terakhir mengadakan konsert di ibu negara pada tahun 2008.
#Dewan Plenary #john legend #KLCC #Penyanyi R&B/Soul
;