Konsert istimewa FYP MeleTOP bakal temui peminat 4 Julai ini

Astro Awani
Jun 28, 2023 09:45 MYT
Konsert istimewa FYP MeleTOP bakal menemui peminat buat julung kalinya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 4 Julai ini. - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Konsert istimewa FYP MeleTOP bakal menemui peminat buat julung kalinya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 4 Julai ini.
Bakal menampilkan gandingan empat hos popular Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Elly Mazlein dan Namie, konsert tersebut dijadualkan bermula dari pukul 9 malam.
Selain mereka, Datuk Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Defam dan Hazama bakal ditampilkan sebagai tetamu jemputan.
FYP MeleTOP turut menampilkan finalist Big Stage seperti Luqman Podolski dan Seixse.
Menariknya, konsert ini terbuka kepada orang ramai untuk menyaksikannya secara langsung.
Mereka yang mahu memeriahkan konsert itu boleh mendaftar di pautan bio Instragram MeleTOP di https://forms.gle/1LncSkFTcm6d4tq16 bermula pukul 9 malam, 27 Jun.
Konsert itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria selain boleh distrim di Astro GO!
#FYP MeleTOP #Astro Ria #konsert #Astro GO