Konsert "Fire Fight Australia" kumpul dana bantu mangsa kebakaran hutan

Agensi
Februari 16, 2020 20:22 MYT
Difahamkan ribuan rakyat Australia hadir memeriahkan konsert tersebut yang dijangka meraih sumbangan bernilai A$10 juta (RM27.81 juta). Foto: Twitter
SATU konsert besar-besaran diadakan di Sydney, Australia pada Ahad bagi mengumpul dana bagi membantu mangsa kebakaran hutan di negara itu.
Antara yang menyertai konsert tersebut termasuk kumpulan Queen, Adam Lambert, Michael Buble, Alice Cooper dan ramai lagi.
Hasil jualan tiket akan disalurkan kepada pihak yang terbabit dalam membantu mangsa bencana alam itu.
Difahamkan ribuan rakyat Australia hadir memeriahkan konsert tersebut yang dijangka meraih sumbangan bernilai A$10 juta (RM27.81 juta).
BACA: Selepas amarah api, ribut debu pula menggila di zon kemarau Australia
Australia berdepan kebakaran hutan berbulan lamanya sehingga menyebabkan ribuan kediaman musnah.
Malah, kebakaran hutan yang berlaku turut menyebabkan 33 kematian dilaporkan dan ribuan haiwan seperti koala mati akibat kehilangan habitat.
BACA: Ratusan koala ditemui mati di Australia
#Adam Lambert #Alice Cooper #Australia #Fire Fight Australia #kebakaran hutan #Koala #Michael Buble #Queen #Stadium ANZ #Sydney
;