Konsert Dewa 19 batal 'last minute', ini sebabnya...
Agensi
Mac 11, 2019 17:41 MYT
Mac 11, 2019 17:41 MYT
Dewa 19 terpaksa membatalkan konsert “Hadapi Dengan Senyuman” pada saat akhir kerana kesilapan penganjur yang terlepas pandang aspek kelulusan permit.
Konsert yang sepatutnya diadakan pada malam Ahad di Grand City, Surabaya, Indonesia itu tidak dibenarkan diadakan oleh pihak polis Surabaya meskipun ramai peminat kumpulan itu sudah membeli tiket.
Menurut Ketua Polis Surabaya, Rudi Setiawan, pihak penganjur hanya mendapat izin perhimpunan orang ramai dan belum mendapat permit untuk mengadakan konsert.
"Pihak penganjur hanya memperoleh permit perhimpunan orang ramai, kerana calon naib presiden Sandiaga Uno dikatakankan turut menghadiri konsert," jelas Rudi.
Selaku ketua penganjur, Didik Darmadi berasa kesal isu ini terjadi dan memohon maaf kepada yang telah membeli tiket konsert itu.
“Kami telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Polis Jawa Timur dan Polis Surabaya dan perkara ini akan diselesaikan, konsert ini berkemungkinan akan ditarikhkan kepada hari Selasa di tempat yang sama,” kata Didik.
Lebih mengecewakan apabila peminat besar kumpulan itu sanggup berjalan jauh untuk ke konsert tersebut dan tidak dimaklumkan apa-apa tentang pembatalan saat akhir dari pihak penganjur
#Dewa 19
#Indonesia
#konsert
#Konsert Dewa 19 batal 'last minute
#Konsert Hadapi dengan Senyuman
#polis
#Surabaya