Konsert Coldplay: Berbaki dua jam, 85,000 peminat mula membanjiri Stadium Nasional

Luqman Hariz
November 22, 2023 18:14 MYT
Suasana awal di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada petang Rabu. - Foto Astro AWANI/Cynthia Ng
KUALA LUMPUR: Peminat kumpulan rock Britain, Coldplay mula memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menjayakan konsert siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di ibu negara, malam ini.
Hujan lebat sejak awal petang tadi dilihat tidak melunturkan semangat peminat yang mula membanjiri stadium itu sejak pagi ini.
Dianjurkan Live Nation, konsert itu dijangka dihadiri 85,000 peminat dari seluruh negara. Astro AWANI difahamkan, ada peminat yang sanggup 'berkampung' di pekarangan stadium sejak tengah malam Selasa.

First time in KL, last show of the year the scene is set for a fantastic night. We are very grateful for the warm (and wet!!) welcome and cant wait to get going. Thank you very much for having us here in Malaysia. W. X pic.twitter.com/Ac59mPfNBM

— Coldplay (@coldplay) November 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, polis telah membuat persiapan rapi dengan melibatkan pelbagai jabatan dan unit dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin ketika konsert itu berlangsung.
Katanya, polis akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut memberikan kenyataan berkenaan konsert tersebut, mengatakan bahawa kerajaan akan mengambil mengaktifkan ‘suis pemati’ sekiranya berlaku pelanggaran sebarang garis panduan yang ditetapkan.
Menerusi aplikasi X, Coldplay yang dianggotai vokalis Chris Martin Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu trending dengan tanda pagar, #COLDPLAYinKL.
#Coldplay #Stadium Nasional Bukit Jalil #Fahmi Fadzil
;