Konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur tahun hadapan

Azyyati Ahmad
Julai 27, 2017 10:57 MYT
Pertama kali Bruno Mars mengadakan persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2011 bagi konsert jelajah Moonshine Jungle World Tour.
Penyanyi antarabangsa terkenal Bruno Mars akan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian dari konsert jelajah dunianya, 24K Magic World Tour.
Syarikat acara PR Worldwide mengumumkan perkara demikian di akaun Instagram mereka bahawa konsert berlangsung pada 9 Mei 2018 di Axiata Arena (sebelum ini dikenali sebagai Stadium Putra Bukit Jalil).
Penjualan tiket akan bermula pada 14 Ogos ini di www.prworldwide.com dengan harga tiket dijual serendah RM398.
Pertama kali Bruno Mars mengadakan persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2011 bagi konsert jelajah Moonshine Jungle World Tour.
#24k magic world tour #Bruno Mars #Bukit Jalil