Konsert Bruno Mars 9 Mei, penganjur belum putuskan jika ada penukaran tarikh

Madiha Abdullah
April 10, 2018 09:16 MYT
Mars dijangka akan terlebih dahulu mengadakan konsert pada 6 dan 7 Mei di Singapura sebelum membuat pementasan di Kuala Lumpur. - Gambar fail
PENGANJUR konsert Bruno Mars Live in KL, PR Worldwide akan membuat pengumuman jika terdapat perubahan pada tarikh konsert berkenaan.
Ia adalah susulan tarikh Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang jatuh pada hari yang sama dengan konsert itu, iaitu 9 Mei.
Pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
Peminat yang telah membeli tiket meluahkan rasa bimbang memandangkan ada antara mereka yang perlu pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, dan ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke konsert itu pada sebelah malam.
Konsert itu dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Mars dijangka akan terlebih dahulu mengadakan konsert pada 6 dan 7 Mei di Singapura sebelum membuat pementasan di Kuala Lumpur.
Kesemua 12,000 tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual.
#Axiata Arena #Bruno Mars #konsert #Malaysia #Malaysia Memilih #Pilihanraya Umum ke 14 #PRU 14 #PRU14