Konsert Bon Jovi Live ruang generasi 80an pula berhibur
Astro Awani
September 19, 2015 23:43 MYT
September 19, 2015 23:43 MYT
Ini peluang untuk generasi yang lahir tahun 70an untuk berhibur!
Konsert Bon Jovi Live yang berlangsung di Stadium Merdeka berjaya menarik lebih 20,000 peminat kumpulan tersebut yang rata-ratanya berusia 30 tahun ke atas.
Antara lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk It's My Life, You Give Love A Bad Name, Raise Your Hands, Bad Medicine, Livin' On A Prayer dan banyak lagi.
Ada di antara peminat yang hadir menyifatkan konsert tersebut sebagai sebuah parti karaoke, tempat mereka mengimbau kenangan satu ketika dahulu.
Perkongsian di media sosial menggambarkan keseronokan peminat yang pastinya menjadi satu kenangan manis buat mereka.
Kali terakhir Bon Jovi datang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert adalah 20 tahun lalu.