Konsert BLACKPINK: Jennie cedera di muka, harap peminat tidak bimbang
Agensi
Mac 4, 2023 13:50 MYT
Mac 4, 2023 13:50 MYT
MENJELANG konsert Born Pink di Malaysia malam ini, salah seorang anggota BLACKPINK, Jennie memaklumkan mengalami kecederaan ringan pada wajahnya ketika bersenam.
Dia memberitahu komuniti peminat Weverse dan memberi jaminan kepada peminat tentang kesihatannya.
"Semasa rehat singkat kami, saya menjaga kesihatan saya, makan dengan baik dan tidur dengan baik, tetapi saya tersadung sedikit semasa bersenam dan mengalami kecederaan kecil di bahagian muka.
"Saya mahu pulih dengan cepat untuk tidak membuatkan Blink bimbang tetapi ia masih dalam proses penyembuhan jadi saya akan memakai pembalut di muka untuk sementara waktu," katanya menjelaskan mengapa peminat mungkin akan melihatnya dengan pembalut di muka.
Kemas kini Jennie datang pada hari yang sama dia berlepas ke Malaysia untuk konsert jelajah dunia Born Pink mereka.
Malaysian Blinks tidak melepaskan peluang untuk menyambut ketibaan kumpulan itu semalam.
Jennie dan Lisa tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS) Subang manakala Jisoo dan Rosé tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beberapa video yang tular di laman media sosial memaparkan peminat cukup teruja melihat idola mereka biarpun dengan kawalan keselamatan yang ketat.