Komposer terkenal Kassim Masdor meninggal dunia

Astro Awani
Januari 21, 2014 00:04 MYT
Komposer puluhan lagu tema filem-filem hitam putih di zaman kegemilangan Studio di Jalan Ampas, Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura.
Memetik laporan mStar Online, cucu Allahyarham iaitu Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma dan kritikal pada malam Selasa sehinggalah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.
Antara yang terawal menerima berita pemergian Allahyarham ialah Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Saya terima berita menyedihkan Pak Kassim Masdor baru sahaja meninggal dunia di Spura. Al fateha

— khairul anwar salleh (@khai_salleh) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika hayatnya, Allahyarham telah mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Beliau mula mencipta lagu pada usia 16 tahun dengan lagu Sapu Tangan Tanda Mata, dendangan Allahyarham Puan Sri Saloma dan anara lagunya yang paling popular adalah lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Fazidah Joned.
Turut popular adalah lagu Pelangi Petang, Gelombang, Bahtera Merdeka, Si Baju Hijau dan Hari Ini Dan Semalam.
Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.
Selain mencipta lagu-lagu dalam filem, beliau merupakan penjaga konti filem-filem arahan P.Ramlee.
Allahyarham yang menjadi bapa tunggal sejak 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.
Jenazah Allahyarham kini berada di Blk 512 Choa Chu Kang St 51 Yew Tee North5 #04-257 Singapore dan akan dikebumikan pada pukul 12 tengahari ini.
Sejurus berita pemergiannya tersebar, laman sosial dihujani dengan ucapan takziah daripada penggiat seni tempatan.
Antaranya Melissa Saila, Tiara Jacquelina, Dato' Ramli MS, Monoloque, Faisal Ishak dan ramai lagi.

Just got a shocking news of a death of a dear person.Innalilahiwainalilahirojiun..

— Melissa Saila (@MelissaSaila) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alfatihah buat teman pangkat ayahanda ku kassim masdor...

— ramli ms (@ramlims) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alfatihah buat Uncle Kassim Masdor, Komposer tersohor. Sakit pneumonia. He was one of the most prolific... http://t.co/FtqG6oY7wC

— tiara jacquelina (@tiarajacquelina) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillah , idolaku Pak Kassim Masdor baru shj 'pergi' meninggalkan kita smua. Hari yg sgt suram. :( Al Fatihah

— monoloQue (@monoloQue) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

.. hamba berperan sebagai watak beliau di dlm #SalomaBiopic - khabarnya beliau blm sempat menontonnya.. AL-FATIHAH buat Pak Kassim Masdor ..

— Wanji Aswandi (@Wanji_Aswandi) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sahabat keluarga saya, Pak Kassim Masdor telah kembali ke Rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al fateha.

— Faisal Ishak (@faisalskis) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Allahyarham Pak Kassim Masdor terus mendidik anak muda ke hujung usianya. ASWARA mengambil pak Kassim sebagai karyawan tamu sejak 2012.

— che kem (@cekem55) January 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kassim Masdor #komposer #shaw brothers
;