'Klon' Ziana Zain juara Seiras Seirama, bawa pulang RM20,000

Gempak
Februari 8, 2016 08:35 MYT
Azlina (kanan) gembira dapat membanggakan ikon kesayangannya, Ziana Zain, selepas muncul juara dalam program tersebut malam Ahad. - Astro Gempak

Peserta berusia 26 tahun, Azlina Aziz, yang dilabel sebagai klon ikon Ziana Zain muncul juara Seiras Seirama musim pertama dan membawa pulang wang tunai RM20,000.

Selain hadiah wang tunai Azlina turut membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro.
Azlina telah menyampaikan dua buah lagu pada pusingan pertama iaitu, Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta dan Senja Nan Merah di pusingan kedua yang dinyanyikan bersama Aweera.
Selain Azlina, Mohamad Azri Abdullah, 28, dan Fazilah Asmar, 27 yang merupakan klon ikon Faizal Tahir dan Ella turut dipilih sebagai peserta top 3.
Klon Ziana itu turut menerima saingat hebat dari empat lagi finalis iaitu Nor Azri Zainuddin, 47, dan Ahmad Shukri Zakaria, 24, yang mewakili Ikon Jamal Abdillah dan Ikon Hafiz Suip.
Ikon Misha Omar dan Ikon Mas Idayu pula diwakili oleh Nor Amierazatyka Ayob, 21, dan Noor Hayati Selamat, 55, turut memberikan persaingan sengit dengan persembahan terbaik mereka.
Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu, Datuk AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pengarah terkenal Mamat Khalid.
Program pertama mencari klon artis terkenal tanah air itu dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.
Pentas akhir Seiras Seirama telah bersiaran secara langsung bermula pukul 9 malam Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

#Azlina Aziz #ikon Ziana Zain #juara Seiras Seirama
;