KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular

Astro Awani
Oktober 11, 2024 23:17 MYT
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila berjaya memenangi pengiktirafan sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-36.
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic.
KJ yang memulakan tugas dan bersama keluarga Hot FM sejak lebih setahun lalu dilihat mempunyai aura tersendiri di halwa telinga pendengar.
Khairy buat kali pertama bersiaran di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada Februari tahun lalu.
Malah bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengesahkan dirinya bakal menyertai stesen radio itu dalam temu bual melalui telefon pada segmen Bekpes Hot dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal pada Februari 2023.
#Khairy Jamaluddin #Penyampai Radio Popular #Anugerah Bintang Popular BH #KJ
;