Kiut menangis diumum juara Gegar Lawak 2018

Gempak
Mac 17, 2018 09:53 MYT
Kiut dinobatkan sebagai juara program Gegar Lawak 2018.
MENEPATI ramalan, Kiut telah dinobatkan sebagai juara program Gegar Lawak 2018.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan Kiut yang dianggotai oleh Hanaffi, Zam dan Tapai membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Kiut turut merangkul anugerah ‘Man On Demand’ buat kali kelima.
Manakala satu-satunya peserta wanita, Eyya, mengejutkan apabila diumumkan sebagai naib johan yang memenangi wang tunai sebanyak RM25 000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula jatuh kepada Abata membawa pulang wang tunai berjumlah RM15 000 dan trofi.
Sementara Padil dan 2B terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan kelima.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 dan trofi.
Pada pentas akhir ini, peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan dengan Bebas dan Muzikal.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap manakala Nabil Ahmad sebagai juri jemputan.
Gegar Lawak telah bersiaran secara langsung bertempat di Studio Sound Stage, Finas.
Program ini juga disiarkan menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
#Fad Bocey #Gegar Lawak #Hanaffi #Kamal Adli #Kiut #Man On Demand #tapai
;