"Kita tak perasan pun" - Terima duit raya RM14,000, Neelofa anggap rezeki Bilal
Gempak
Mei 11, 2022 12:19 MYT
Mei 11, 2022 12:19 MYT
SELEBRITI terkenal Neelofa akui tidak menyangka duit raya putera sulungnya, Bilal boleh mencecah sehingga RM14,000.
Ketika menjadi tetamu kepada rancangan MeleTOP Raya malam semalam, Neelofa memberitahu dia menyedari jumlah kutipan duit raya itu selepas mahu membuka akaun bank buat Bilal.
“Kami tak perasan pun, masa tu kami memang nak buka akaun bank untuk dia. Kira-kira Alhamdulilah…
“Yang datang pula kawan-kawan mak kita, saudara dari Kelantan dan Besut yang kirimkan…Rezeki lah si kecil tu,” katanya selepas Nabil meminta respon mengenai kisah duit raya anaknya yang tular itu.
Neelofa tidak keseorangan dia hadir ke set MeleTOP Raya bersama suaminya, PU Riz atau Haris.
Nabil mengendalikan program semalam bersama pelakon Elly Mazlein.
Dua hari lalu tular video Neelofa dan PU Riz sedang mengira duit raya anaknya yang baru berusia 4 bulan serta mendedahkan jumlahnya bernilai lebih RM14,000.
Video berkenaan tular selepas netizen mengatakan duit raya Bilal lebih banyak dari pengeluaran khas KWSP iaitu RM10,000 sebelum ini.
Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.
*Artikel asal disiarkan di Gempak